Monday, March 30, 2009

HEBAT SUNGGUH CIPTAAN MU TUHAN...




haiwan oh haiwan.......


-Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.
-Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.
-Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap.
-Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.
-Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.
-Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.
-Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.
-Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.
-Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.

.............ini adalah fakta yang benar..........

Monday, March 23, 2009

ANAK ANGKAT KG. SG. MACHANG.....


ingat daku dalam doa muuuuuuuu..........


malam mesre ngn org kg...hehehe


aku le 2....dah balik dah time 2...sayonaraaa...

Wednesday, March 18, 2009

ANTARA MANUSIA DENGAN PENCIPTA AGUNGNYA....


Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka...
• Akal boleh hilang disebabkan marah.
• Agama boleh hilang disebabkan dengki.
• Malu boleh hilang disebabkan tamak.
• Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
• Memberi maaf pada waktu marah.
• Suka memberi pada waktu susah.
• Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
• Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati

Rahsia Warna Kegemaran

MERAH
Berani, emosional, tegas, tamak, sanggup hidup susah & bersenang lenang.

BIRU
Setia pd psgn, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus terang, jujur, mudah memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Suka pd kebahagiaan, tidak suka bergaduh, patuh bpd psgn, suka berhias, teguh pendirian hingga seakan2 kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat mghadapi dugaan hidup, tidak mudah dpengaruhi, kuat berfikir, setia pd psgn, baik hati tp cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah was2 & takut buat salah.

UNGU
Pemurah hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tp beremosi, keinginan tidak meluap2.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, berkorban,cerdas &bijak.


KUNING
Bersih fikirannya, berkata jujur, rendah hati, sopan santun, ramah,sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakkal.


PUTIH
Bersih fikirannya, berkata benar, jujur, rendah hati, ramah, kuat pelajari ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka bertawakkal.

Friday, March 13, 2009

aku sampai juga ke pulau pinang....

huhuhuh.... lambat nk g taw ak balik k.l dah skng ni...
agak byk bende kne buat la..
ni la antare gamba knangan time kt sane...



hehehe.... ni plak jln yg aku gune nk ke p.pinag 2...

Friday, March 6, 2009

aku nak g pulau pinang hari ni.....................


hahaha....cam jauh je perjalanan kali ni...
aku pegi nek motor, ak n kawan2...ikut depe balik kampung.....tgk la pulau pinang ngn klang ni jauhhh oooooo.....



aku nak g semua tempat ni...huhuhuh sempat kerrr.....


Islands & Beaches...

Penang's Famed Beaches ,Aman Island ,Jerejak Island

Places of Interest...

Batu Ferringhi's Sidewalk Bazaar ,Bird Park ,Botanic Gardens ,Bukit Jambul Orchid and Hibiscus Garden ,Butterfly Farm ,Cheong Fatt Tze Mansion ,City Hall Esplanade ,Clock Tower ,Dharmikarama Burmese Temple ,Fort Cornwallis ,Gurney Drive ,Kapitan Kling Mosque ,Kek Lok Si Temple ,Khoo Kongsi ,Komtar ,Kuan Yin Temple ,Penang Bridge ,Penang Museum ,P. Ramlee's House ,Snake Temple ,St George's Church ,Tropical Fruit Farm ,Wat Chayamangkalaram

Hills/Forest Parks...

Teluk Bahang Recreational Forest ,Penang Hill


doakan aku selamat pergi dan pulang...aminnnn

DUIT...WANG...MONEY...PULUS...????


Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal,Belum tentu kenyenyakan tidur

Dengan wang anda hanya boleh membeli buku,Belum tentu kebijaksanaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan,Belum tentu kepuasan selera

Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat,Belum tentu kesihatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah,Belum tentu kekeluargaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan,Belum tentu cinta

Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan,Belum tentu kecantikan

Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat,Belum tentu kehormatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan,Belum tentu kegembiraan

Dengan wang anda hanya boleh membeli harta,Belum tentu kebahagiaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti,Belum tentu kaliber

Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan,Belum tentu kebenaran

Dengan wang anda hanya boleh membeli agama,Belum tentu keimanan

Thursday, March 5, 2009

KU SAYANG AYAH IBU SENTIASE DI HATI





MENGAPA IBU MENANGIS

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
" Ini airmata kehidupan."

Wednesday, March 4, 2009

same2 kite renungkan ek...



Sifat mengikut bulan-bulan islam


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan
mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.




gunakan kesempatan yang diberikan, moga kita x terleke....


Bismillah..

Khassun ila hadhrathi akhowat fillah,
As alukum billah...

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah bulu mata kalian. InsyaALLAH, pandangan mata kalian akan menjadi makin jernih dan hening.

2) sapukanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada....

ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai ramai.

3) Bedakkanlah wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia akan mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah. InsyaALLAH, kelak kalian akan menemui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhoan-NYA.


Wa akhiran..

9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.

Wallahu’alam bishowab.

Demikianlah...perkisaran kecantikan tanpa biaya..yang dapat ana tintakan ikhlas lillah.

Segala yang bermanfa’at itu adalah satu fitrah yang dikaruniakan ILAHI atas hamba-NYA, manakala yang berpalit kesilapsalahan itu adalah satu ujian dan peringatan awal dari Al Khaliq ke atas anak Adam, sebelum dirinya menyembah bumi untuk segera sedari dan perbaiki diri.

Asifli ‘ala kulli hal.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Coretan pena,
Al mukhlisah Syahiditusuci,
13 REJAB 1426H (Khamis).
Auckland City, New Zealand.

kurangkan cekadak anda dalam memilih...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup?

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu?

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi?

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya?

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal?

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal??






hehehe...
jadilah pengguna yang bijak...
pikir dulu sebelum buang...(ayat2 iklan)

siankan.... mentang2 dan tua...huhuhuhu



don't try like this at anyplace...
kan die dah byk berjase dulunye...

fuyoooo....peronda DBKL naik ferrari laa...






hahahaha....ktorang jumpe time test run utk projek 8plorace kt taman tasik perdane ooooo

mari membace & merenung kejap....

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

perkenalan kite....


hafiz, klang selangor....
menuntut ilmu lagi...
universiti malaya kuala lumpur...
kolej kediaman kinabalu