Saturday, May 1, 2010

edisi mencekik oleh budak2 jabatan den...

BERTEMPAT DI :
FLAMING STEAMBOAT BUFFET SUNWAY....



laki punye... JSE batch 07/10



pompuan punye.. JSE batch 07/10

SENANG DALAM KENANGAN










Thursday, April 29, 2010


PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat memberi keizinan untuk hambanya menyiapkan latihan ilmiah ini. Tidak dilupakan selawat dan salam buat Rasul junjangan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang bersemadi dan bermukin di jannah Ilahi. Perjuaganmu dalam menegakkan syiar Islam akan ku turuti menjadi panduan hidup mati ku.

Jutaan terima kasih buat penyelia latihan ilmiah selaku tempat bertaut menuntut ilmu darinya iaitu Dr. Patmawati bt. Hj Ibrahim yang banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan sepanjang membuat latihan ilmiah ini. Turut tidak dilupakan para pensyarah di Jabatan Syariah Ekonomi yang terlibat dalam memberi ilmu sepanjang pengajian di Universiti Malaya ini.

Buat ayah ibu ku yang tercinta, Abu Yamin b. Separi dan Siti Soliah bt. Muhammad keringat mu dalam memberikan yang terbaik untuk ku tidak pernah kulihat sudah, terima kasih tidak terhingga dalam menyokong ku sabagai anak mu. Tiada emas atau permata dapat ku beri, melainkan kejayaan yang tidak seberapa ini. Kepada adik, kakak serta abang-abang ku yang tidak dilupakan, juga terima kasih atas sokongan kalian dalam membantu ku sekian ini.

Terima kasih juga kepada kerjasama yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor sepanjang dalam memberikan maklumat mengenai latihan ilmiah ini. Sehubungan dengan latihan industri yang telah di lakukan di Lembaga Zakat Selangor telah banyak memberikan pengenalan dan pengetahuan mengenai perjalanan pengurusan zakat di negeri Selangor.

Tidak lupa kepada rakan-rakan yang sentisa mengiringi ku terutamanya haniffah, azizi dan zafirah serta rakan sekelas ku, dalam perjuangan ini. Akhir kata, saya mengharapkan penulisan ilmiah ini boleh menjadi landasan untuk terus maju dalam bidang ini dan sebagai khazanah berharga dalam lapangan ilmu ini. Segala kekurangan dan kelemahan ini disandarkan kepada diri saya dan segala kelebihan dan istimewa itu datang daripada Allah s.w.t.




Daripada,
MOHD HAFIZ B. ABU YAMIN
283 Jalan Cempaka Kg. Sg. Serdang,
42200 Kapar, Klang,
Selangor Darul Ehsan 7 April 2010