Thursday, January 5, 2012

Bila Lelaki Serius Dalam Percintaan

Bila

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan x diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

BILA SEGALANYA TIDAK LAGI DI LETAK PADA TEMPAT SEPATUTNYA...

BILA....

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

Tuesday, January 3, 2012

---------------------------------------------------------

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.
PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.
Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.
Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.
Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.
Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.
Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

SAPAAN ILAHI UNTUK KAMI

KALA DIRI MENCARI REDHA INI..

PERCAYA LAH PADA QADA' DAN QADARNYA..
SETIAP SESUATU DATANG AKAN ADE HIKMAH DI SEBALIKNYA..
HANYA DIRI TUNDUK DAN SETIA PATUH PADA AJARANNYA..

YA ALLAH...
KAU DIDIK LAH HATI KAMI INI AGAR KUAT MENEMPUH DUGAAN SEHEBAT DEMIKIAN PADA HATI MILIK MU INI..
KAU TABAHKAN HATI KAMI INI UNTUK MENERIMA UJIAN DARI MU..
KAU BERIKAN DIRI KAMI INI KEKUATAN DALAM USAHA MENCARI REDHA MU..
HANYA PADA MU DIRI KAMI INI MAMPU UNTUK MELUAH SEGALANYA..

TIDAK INGIN KAMI SALAH PADA TEMPAT UNTUK MELUAH..
KAU BANTULAH KAMI UNTUK SEGALA HALNYA..
KAMI TAHU TELAH BANYAK YANG KAMI MELUKAI MU YA ALLAH..
SYUKUR PADA MU KAMI MASIH MAMPU UNTUK MENGENANG SEGALA SILAP DAN SALAH PADA DIRI INI..

UNTUK KAMI MEMEGANG AMANAT MU PADA MASA2 SETERUSNYA..
ADALAH HARAPAN DIRI KAMI UNTUK YANG TERBAIK BAGI MU YA ALLAH..
TERBAIK BAGI PASANGAN KAMI..
KAU REDHAKAN LAH PERHUBUNGAN YANG INGIN SANGAT MENUJU JALAN MU..

KAU DIDIKLAH HATI2 KAMI INI UNTUK MENERIMA KENYAAN BUKAN UNTUK DI KECEWAKAN..
MILIK SIAPA HATI2 INI SEBENARNYA JIKA BUKAN UNTUK MU..
KELEMAHAN PADA DIRI2 KAMI INI AKAN KAMI JADIKAN BEKALAN UNTUK KAMI MENEMPUH HARI2 MENDATANG..
KAU LINDUNGILAH HATI2 KAMI INI UNTUK TERUS TETAP PADA JALAN MU..
KAMI SANGAT2 MENGHARAP PADA INAYAH MU..

BERKATILAH PERHUBUNGAN INI..
KAU DEKATKAN LAH HATI2 INI PADA MU YA ALLAH..
SEKALIPAUN KAMI SILAP KAU AMPUNKAN LAH SEGALANYA KERANA KAMI HANYA INSAN MANUSIA YANG MASIH MENUNTUT SEGALA ILMU DI BUMI MILIK MU..
SILAP LANGKAH KAMI INI, MASIH JUA MENGHARAP BARAKAH DARI MU UNTUK MEMPERBAIKINYA..

MANUSIA HANYA PANDAI MERANCANG TP PADA SETIAP NYA PADA MU JUA KAMI SERAH SEGALA KETENTUAN..
BAIK NIAT HATI KAMI UNTUK MENUJU REDHA MU YA ALLAH..
KAU TITIPKAN LAH RASA SYUKUR YANG MENDALAM SEDALAM-DALAMNYA DALAM HATI2 INI YA ALLAH..
MERUNTUN DAN GELISAH PADA HATI2 KAMI INI, SANGAT KU HARAP DAN KU SERAH UNTUK MU..
KERNA PERANCANGAN MU ITU ADALAH LEBIH BAIK UNTUK KAMI INI YA ALLAH..

Thursday, December 29, 2011

cinta aku

cinta adalah mengorbankan diri untuk memberi bahagia kepadanya..
sekalipun perit dan pedih terpaksa di hadap dan di telan..
pedih selalu menusuk hati dan perasaan..
tiap detik tetap ingat cinta..
tiap saat sangat menunggu cinta itu menyapa..
rindu makin kerap hadir..
hadir bukan di minta tetapi antaranya yang membuatkan rindu datang menyenggah..
kamu tetap dihati bukan sekadar menyinggah tetapi kamu melebihi rindu yang menyapa itu..
itu lah kamu di hati ku..
aku terima kamu seadanya..
aku ingin kamu sebagaimana itunya kamu..
kau doakan aku hadir sebagai pelindung mu sehingga akhir hayat..
doakan juga agar cinta ini terus sampai ke syurga..

Saturday, December 24, 2011

BADAI RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

KASIH KU

Ke manakah resah nak ku lemparkan
Di mana hilang kemesraan lalu
Malamku suram bintang tak menyinar
Aku sepi tanpa hadirmu… di sisiku

Dalam rindu yang amat menyiksakan
Ku dakap potretmu dalam genggaman
Namun resahku tak bisa berlalu
Jeritan hati memanggil namamu
Sepi tanpa hadirmu… dirimu oh kasihku

Ku dengar… suaramu berbisik
Gemersiknya di celah sang bayu
Ku terbayang… wajahmu menjelma
Dalam senyum bagaikan ada tangisan
Ku turut merasakan

Kasih… perpisahan sementara ini
Mengajar kita erti sepi dan rindu
Teguhnya cinta suci

Sayang… biarpun berjauhan kita terpisah
Betapa tabahnya kesetiaanmu
Menantikan saat… supaya dapat bersatu

Kau hadir dengan setiamu
Aku datang dengan janjiku