Wednesday, March 18, 2009

ANTARA MANUSIA DENGAN PENCIPTA AGUNGNYA....


Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka...
• Akal boleh hilang disebabkan marah.
• Agama boleh hilang disebabkan dengki.
• Malu boleh hilang disebabkan tamak.
• Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
• Memberi maaf pada waktu marah.
• Suka memberi pada waktu susah.
• Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
• Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati

1 comment: